Jumaat, 30 September 2016

Sampai bila?

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim

Entry kali ni aku sedikit terpanggil untuk menulis tentang ni. If korang rasa ada penambahbaikan, teguran, tak suka, protes dan sebagainya. korang boleh komen di ruangan bawah. Ok? In sha Allah aku akan baca. Tak kisah apa pun komen korang, ada luang yang Allah beri aku akan gunakan luang tu untuk baca.

Betul, secara jujurnya aku bukanlah orang yang alim apatah lagi wara' langsung bukan. Cumalah sang kerdil yang merasakan diri ini penuh dengan dosa dan seorang manusia hina yang dalam proses merangkak menuju redhaNya. Dan dalam masa yang sama, dia teringin sekali untuk bawa sahabiahnya bersama dalam menuju redhaNya.

Firstly, korang baca cerpen tak seberapa ni dulu ya. (Dan segala butir bicaranya hanyalah CONTOH)

--

"Hoi Mat, pe kabo? Lama gila aku tak jumpa kau bodoh."

Mat terpinga-pinga. Sudahlah dirinya dibodohkan. Pulak tu dia tak cam gerangan yang menegur.

"Haaa? Siapa ek? Lupa pulak aku. Seman ke?"

"Kau ni perangai bengap tak berubah-ubah. Yelah Seman."

Mat menggaru kepala yang langsung tak gatal sambil tersengih. Bengap pulak?

"Oh Seman. Maaflah Man aku ni sejak makan banyak semut haritu jadi macam ni. ehehe."

Seman ketawa besar mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Mat.

"Bengong punya Mat. Bodoh tak sudah-sudah."

Kemudian mereka bergelak ketawa berguling-guling di atas rumput sampai tak ingat dunia.

--

Ok habis. 

Korang boleh tangkap tak apa yang aku nak sampaikan dekat sini? Yes, lisan yang kurang menyenangkan bahkan boleh menyakiti mana-mana telinga yang mendengar. Atau lebih tepat lah kan, kata-kata kesat. Sebenarnya korang sendiri pun tahu kan banyak lagi kata-kata tu. Cuma aku tak suka untuk mention semua tu. Dan, fyi cerpen yg atas tu pun aku keraskan diri untuk buat sikit sebagai contoh.

Mungkin bagi kita bila kita sebut kita tak menyakiti mana-mana pihak. Tapi, itu bagi kita. Bukan bagi pihak yang mendengar. kita tak tahu hati orang lain macam mana. Sebab Allah beri kita ni rasa yang berlainan. Ada orang dia boleh tahan. Ada orang, hatinya mudah tersentuh. 

Dan tanpa kita sendiri sedar, dengan ayat kesat yang kita lempar pada seseorang memberi kesan pada diri seseorang tu. Kita tak tahu.

Aku pernah terima satu whatsapp dari group usrah mengenai hal ni. Whatsapp tu macamni, 

"waktu zaman Nabi dulu, ada seorang perempuan yang sentiasa solat, buat benda baik apa semua. Tapi, Nabi cakap dia tak akan masuk syurga. Dia tertanya-tanya sebab apa? Sebab solat dia tak diterima ke? Sebab puasa dia tak boleh masuk syurga ke? Nabi cakap sebab dia menyakiti jirannya dengan lisan. Disebabkan mulut kita yang suka mengeluarkan kata-kata kesat dan menyakit hati orang lain, menjadi asbab untuk kita masuk neraka. Nauzubillahiminzalik. Jadi, janganlah mencarut."

Wallahu'alam bissawab. Jujurlah, sekarang kalau sehari tak dengar orang keluarkan kata-kata kesat memang tak sah. Agaknya dah jadi satu kewajipan mungkin. Allahu.

Ya tipu kalau cakap aku sendiri tak pernah mencarut. Well, sampai bila? Sampai bila kita nak terus guna kata-kata kesat. Bodohkan orang ikut suka hati. Dah jadi satu habit pulak. Allah beri kita peluang hidup cuma sekali, dan sekali ni kalau kita gunakan dengan sebaiknya, it more than enough. Dah cukup.

Pernah ditanya, macam mana nak berhenti mencarut (actually aku dah lupa soalannya macam mana.) Ok, bagi aku memang tak mudah. Tapi kalau korang usaha untuk cuba aku yakin korang sendiri mampu. Ini tak, tak cuba lagi dah cakap tak boleh. Mengalah sebelum cuba. Sebenarnya boleh je kalau effort korang lebih. whatever it is, it depends on yourself. Korang yang pilih sama ada untuk terus macam tu, atau berubah.

Dan salah satu tips yang baik untuk kawal mulut dari mengeluarkan kata-kata kesat, setiap kali kata-kata tu nak keluar cuba istighfar banyak-banyak. Mudahnya kita nak halau syaitan untuk tidak terus hasut kita kan? Kawal perasaan kita. Lawan hasutan syaitan. Dan satu lagi, letakkan rasa malu dalam diri kita pada Allah. Mulut itu Allah beri untuk berkata perkara yang baik-baik. Tak malu kah kita menyalahgunakan nikmat yang Allah beri? Tepuk dada tanya selera.

Ok lah, kalau korang kata dah cuba tapi tak boleh. Ok, cuba korang bayangkan bila selalu sangat korang keluarkan kata-kata tu, bila tiba satu masa hujung-hujung nafas nanti kita tak mampu nak mengucap. Allahu. Pedihnya.

Jadi last dari aku, marilah sama-sama kita berubah. Ubah yang biasa kita buat. Bukan untuk orang lain. Untuk diri kita sendiri. Kan manis je bila apa yang keluar dari mulut kita lisannya semua baik-baik. Allahu. Moga entry kali ni dapat berikan manfaat buat yang membaca. "Aslih nafsak wad'u ghairak." maksudnya, perbaikilah diri kamu dan dalam masa yang sama ajaklah orang lain. Aku pun masih dalam proses perbaiki diri ke jalan yang betul. Moga sama-sama kita istiqomah.

Maaf jarang update. Final dah mula menghimpit ni huahua. Doakan moga segalanya dipermudahkan moga last sem for pra dip ni mampu buat mama abah tersenyum bangga. Doakan aku nahh.

Tulusly,
-seketul put penulis yang hina-

Isnin, 20 Jun 2016

Hijrahsistur

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.



Hijrah

-------------

Dulu,
Dalam jurang yang gelap gelita,
Bergelumang dengan dosa,
Itulah tempat aku dahulu kala,
Dengan dosa yang menimbun saban masa,
Namun diri tetap merasakan seronok melakukan dosa,
Aku tak tahu, seronok jenis apakah itu?
Seronok meninggalkan Allah mungkin.
Allahu.

Aku berseronok namun aku tak dapat rasa bahagia,
Seolah berseronok atas dasar seronok semata, 
Sampai satu tahap aku rasa hidup macam sia-sia,
Apa yang aku cari sebenarnya,
Dari situ perlahan-lahan aku bangkit dari jurang yang gelap itu,
Aku cuba perbaiki apa yang perlu, 
Aku mula mencari Allah,
Allahu.

Aku pernah lupakan Dia,
Aku pernah tidak taat padaNya,
Sesungguhnya aku hamba yang sangat jahil dari segi apa jua,
Namun dia masih sayangkan hambaNya yang hina ini,
Buktinya perubahan yang berlaku pada hari ini,
Dia yang menjentik hati ini, 
Dia yang mengurniakan hidayah,
Benarlah hidayah Allah itu luas.

Dan hari ini,
Bila aku terkenang soal ini,
Aku berdoa moga Allah tidak membolak-balikkan hati aku, 
Moga Allah kekalkan aku dengan penghijrahan ini,
Benar hijrah ini sakit,
Sakit untuk kau hadamkan kata-kata orang di sekeliling,
Telankan saja,
Allah tahu hambaNya mampu.

Tak semua yang lahir di dunia ini,
Lahir-lahir terus menjadi seorang yang baik, 
Setiapnya pasti akan menempuhi liku kehidupan yang bermacam corak,
Kita yang membentuk corak bagaimana yang kita mahukan,
Dan saat yang paling pahit,
Bila ada yang mengatakan diri ini baik,
Di tak tahu,
Yang dipuji ini ialah pendosa tanpa noktah.


Put
[210616]

Rabu, 8 Jun 2016

I'm come back.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim


[Flashback 2 tahun lepas punya gambar]

Rasa macam dah lama tak update ni. Tapi bila check balik tarikh uhooo baru sebulan lebih je kot. Lekk ah sebelum ni berbulan-bulan tak update ok je. Opss! Hehe. Lekk lekk chill bawak bertendang. Eh, bertendang? Ehhee bertenang. Rasanya belum terlambat untuk aku ucap Ahlan Wsahlan Ya Marhaban Bikum Ya Ramadan Al Mubarak. Salam 3 Ramadan. Alhamdulillah, ada jugak masa nak menyonteng malam ni. Allah bagi ruang untuk menulis dengan panjang-panjang alhamdulillah. Sebelum ni memang dah prepare waktu untuk menulis dekat sini memandangkan laptop 'sedikit' pulih ni haa. Tapi, tulah takde keizinan dari Dia. Harini, berbekalkan kesihatan yang dikurniakan olehNya, dapat juga aku melepas rindu nak menaip berjela-jela. Yeay! hehe.

So, ape aktiviti aku since laptop rosak haritu? Hm, takde aktiviti apa-apa pun wei. Sebab ada baik jugak laptop rosak waktu tu sebab waktu tu tengah study week. Lagi seminggu ke dua minggu lebih gitu ha nak final exam so aku decided, study week adalah waktu study bukan berblogger. Alhamdulillah, everything is okay. Ok tutup cerita pasal exam. What past is past. Aku percaya dengan aturan Allah. Bila kita dah doa, kita kena usaha pulak, bila dah usaha lastly kita kena tawakkal. Berapa pun pointernya aku terima. Kita merancang nak dapat pointer tinggi macam mana pun, kalau Allah tak redha benda tu takkan jadi. So, whatever it is, put trust on Allah in any situation. Doakan result aku excellent k? 

 Then, exam week done and after a week, sembreak. Haa, sekarang ni tengah sembreak lagi. Tapi cuti dah nak habehh huaaaa. But actually aku tak sabar nak registered sem 4. Fuhh, last year of pra-dip. Ada rezeki aku nak sambung ke tempat lain. Doakan aku ya kawan-kawan sekalian yang blablabla. Ok maaf. huhu. Ok, time sembreak ni seriously memang banyak jugak benda yang aku fikir nak buat tapi yang aku dah buat sebenarnya sikit ja haha. Guess what? Ok, antaranya yang bawah bawah ni ye.





Ok this is what we call Zentangle + Doodle.

So, hey for those yang berminat nak buat tempahan zentangle ataupun doodle boleh pm aku laju laju k. Jangan risau, hat aku buat ni harga mampu milik punya. In sha Allah. Pm aku kalau nak tahu lebih detail. Kalau korang ada facebook lah ken then korang berminat nak tempah ni boleh inbox aku dekat facebook je. Click je dekat SINI. Ok? Then, full video untuk zentangle boleh TENGOK SINI. Kalau korang takde facebook pulak, bolehlah add wechat aku, id; theamqowiy. Untuk girls aku tak hide moment untuk boys aku mintak maaf k aku hide moment. 

So, nilah projek sembreak aku. Muehehe. Apa-apa hal roger k? Then, pasal cerpen k gais. Cerpen yang aku buat sekarang still cerpen Pulang. Tapi aku tak update dekat sini ye. Start dari part 4 aku update dekat Instagram. So, go visit and follow me on Instagram @ptramrizzt. Sekarang dah duduk dekat part 17 ke 16 aku pun lupa. Sape yang dah pernah baca start dari part 1-3 boleh sambung bacaan korang dekat Instagram pulak k? Untuk next cerpen aku tak decided lagi nak tulis dekat mana. Tengok keadaan lah ye.  

Ok slot terakhir, kita cakap pasal penjagaan muka. Haritu, aku ada dengar for those yang kulit berminyak korang boleh tuam ais dekat muka korang. Kalau aku, aku tak tuam aku sapu je ais tu dekat muka. Salah satu sebab muka kita berminyak, pori pori dekat muka kita terbuka. Dan function ais tu untuk mengecutkan pori-pori dekat muka kita. Then, satu lagi setiap kita dekat bibir mesti ada hitam-hitam sikit kan? Naaa, korang boleh try lipstick aloevera. Tapi, pakai waktu malam waktu korang nak tidur. Korang boleh try both, tapi kalau tak menjadi jangan dikau salahkan daku hahaha. Gais, terutama yang girls ni. Nak berhias tak salah. Tapi jangan berlebih lebihan, tabarruj. Nak berhias lebih-lebih tunjuk dekat hencik somi je ye. Ok rasanya tu je dari aku, Moga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada yang membaca. In sha Allah. Assalamualaikum.

Ahad, 1 Mei 2016

Instagram.

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum. Actually aku tak tahu nak mula macam mana. Aku harap yang membaca ni, sihat selalu dan sentiasa dibawah lindungan rahmatNya. Ok entry kali ni pasal instagram. Jangan cakap kau taktahu lah instagram tu apa -,- 

Ok ceritanya macam ni. Lepas aku publish cerpen Pulang part 3 haritu aku punya laptop ok takda prob. Then after a week, aku try on laptop macam biasa. Mula-mula tu nothing happens but beberapa minit kemudian dia off dengan sendiri. Aku try bukak balik then jadi balik. Aku try usaha dengan cara lain pun tetap sama so aku give up.

Jadi, aku aku decided nak meneruskan penulisan tak seberapa aku ni dekat instagram. Aku sendiri tak tahu apa nilai tulisan aku pada pandangan orang lain. "Apatah lagi nilainya disisi Tuhan..." bak kata Mato atau Mat dalam buku hasil tulisannya Esc. Hem. 

Moga dengan penulisan kecil ini, memberi kesan yang besar buat hati yang membaca. Moga Allah redha. Satu lagi nak bagitau. Entry kali ni type pakai phone. Jangan kecam. Okbye assalamualaikum.

Jumaat, 1 April 2016

Pulang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Part 3.



Lisa memegang kertas yang ada di dalam bungkusan hadiah yang diterimanya. Isi di dalam bungkusan itu ditenungnya silih berganti dengan kertas di tangannya. 

"Farha Irdina Alisa, Aku harap kau suka barang-barang ni. "

Selendang, Al-Quran mini dan tasbih dipandangnya. Semua ni kat rumah aku ada. Tapi, hm aku tak guna pun. Alaa, nanti lah. Belum sampai masa lagi. Getus hatinya. Tapi, mana malaun ni tau aku punya nama panjang? Betul semua pulak tu. Aaalemakk. Dia merenung isi bungkusan tersebut. Bukan tak terasa apa-apa tapi pintu hatinya masih belum terbuka.

Lisa mengeluh perlahan. Barang-barang tersebut disimpannya di dalam almari. Satu hari nanti dia akan buka semula. Andai kata kau tak sempat buka semula barang-barang tu macam mana? Tiba-tiba satu suara dari hatinya berkata. Dia memejam mata seketika. Nanti lah...

Nad yang nyenyak tidur disebelah ditenungnya. Pulang dari kerja, salin pakaian, solat isyak dan terus tidur. Penat sangat agaknya. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyum segaris. Kadang dia cemburu dengan Nad. Yelah, bagi dia Nad cukup sempurna. Jaga solat, adab, aurat dan sangat baik hati. Tapi dia belum bersedia. Nanti lah...

Jam di pergelangan tangannya di kerling sekilas. Hadumakk awal lagi. Baru pukul 9:30 pm. Nak buat ape je ni. Hm. Gumam Lisa. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang. 

Lisa bersiap ala kadar. Rambutnya ditocang ekor kuda. Long sleeve t-shirt berwarna hitam dan jeans disarung pada tubuh. Dia mencapai kunci kereta dan telefon di atas meja  tepi katilnya. Kakinya mengorak langkah ke arah pintu bilik. Perlahan-lahan pintu bilik itu dikuaknya. 

Dia berpaling ke belakang. Seketika matanya tertumpu pada Nad. Tak tahu lah kenapa rasa berat sangat hati nak tinggal Nad sorang-sorang kat rumah. Nak kejut tak tergamak. Dia mengeluarkan telefonnya. Dibuka whatsapp dan satu whatsapp selamat masuk ke notification Nad. Lisa menutup pintu bilik dengan rapat. 

Enjin dihidupkan dan beberapa ketika Lisa meninggalkan perkarangan rumah sewanya. Dicapai telefon bimbitnya di seat sebelah. Dia mendail nombor seseorang. 

"Hello. Kau busy ke? Jom keluar. Ohh kau dah ada kat luar? Rollerblade? Ohh haa ok. Orait see yaa." Dia mematikan panggilan.

Stereng keretanya dipusing ke Mont Kiara Skatepark. Fuhh kemain ramai orang. Maklumlah hujung minggu. Kalau tak hujung minggu pun ramai jugak. Takleh nak kata pa lah. Seusai keretanya diparkir dia membetulkan tocang ekor kudanya. Dia keluar dari perut kereta dan menyandarkan tubuhnya pada pintu kereta. 

Telefonnya dikeluarkan dari poket seluar jeans. Belum sempat skrin telefon di swap terlebih dahulu ada panggilan yang masuk. Panggilan tersebut segera diangkat. 

"Aku dah sampai ni. Dekat parking. Kau kat mana? Ok tunggu situ sat aku datang." Panggilan dimatikan.

Langkahnya diatur menuju tempat orang ramai bermain rollerblade, Di hujung sana kelihatan seseorang yang sangat dikenalinya. Dia melepasi sekumpulan pemain rollerblade. 

"Kat sini kau rupanya." Senyum segaris.

"Yelah, kat sini lah. Takkan kat dalam hati kau kut."

"Pickup line ape kau buat ni? Basi basi."

Ketawa mereka pecah. Lisa mengambil tempat di sebelah Fakhrul. Earphone yang dibawanya sebentar tadi disumbat ke telinga. Jar of Hearts nyanyian Christina Perri berkumandang ditelinganya. Matanya ralit memerhati pemain-pemain rollerblade menunjukkan skill masing-masing. Pandai imbang badan ok lah. Buatnya tak reti nak imbang kalau jatuh memang sedaplah.

Melihat Lisa yang terpaku melihat skill pemain rollerblade, Fakhrul menyiku lengan Lisa. Terperanjat Lisa dibuatnya. Nasib baik tak terbuka buah silat dekat situ.

"Hish kau ni. Lain kali bagi salam dulu. Terperanjat aku."

Ketawa Fakhrul pecah melihat muka terperanjat Lisa. Dia bangkit dari duduknya. Sepasang rollerblade dipegang pada tangan sebelah kiri dan sepasang lagi dipegang pada tangan sebelah kanan sambil disuakan pada Lisa. Lisa memandangnya tanpa perasaan. Buang tebiat ke ape mamat ni nak suruh aku main.

"No, thanks." Lisa menutur perlahan.

"Why not?"

"Aku tak minat and secara jujurnya aku takut. Takpe, kau pergi lah main." Selamba Lisa menuturkan. 

Fakhrul yang mendengar ternganga mulut. Farha Irdina Alisa takut main rollerblade? Aku salah dengar ke apa? Sakat orang, kenekan orang kemain lagi. Sampai part ni ada jugak takut dia. Haila. Gumam Fakhrul di dalam hati. Dan sekali lagi tawanya meletus. 

Dari tepi Lisa hanya menjadi pemerhati. Seusai Fakhrul beraksi dia duduk kembali di sebelah Lisa. Mereka bersembang tak ingat orang belakang depan kiri kanan. Segala jenis throwback habis keluar. 

"Aku rasa macam lepasni dah tak boleh jumpa kau lah."

"Hek elehh, asal pulak? Selalu boleh je."

"Sebab hahahaha entahh lah nakk."

"Hei kau ni makan siku karang."

"Aku makan nasi je. Tak makan siku."

"Pandai kau buat loyar baru."

Seketika tawa mereka pecah.

Lisa mengerling jam di pergelangan tangannya sekilas. Dah pukul 11:10 pm. Hm, boleh beransur dah ni. Kesian pulak Nad sorang-sorang kat rumah. Getus hatinya. Dia bangun dari duduknya.

"Fakhrul, aku balik dulu lah."

"Ehh, dah nak balik ke? Lepakk aaa. Awal lagi ni."

"Awal kebendenye. Dah pukul berapa ni."

"Lekk aaaa jangan marahh." Fakhrul sengih.

"Hm, oklah aku gerak dulu. Terima kasih sebab ajak lepak kat sini."

Lisa mengorak langkah ke tempat parkir keretanya. Dia memboloskan diri ke dalam perut kereta. Fakhrul memerhati dari jauh. Enjin kereta dihidupkan dan seketika kereta Lisa meluncur laju meninggalkan Mont Kiara Skatepark. 

Di dalam perjalanan kepalanya asyik memikirkan bungkusan yang diterimanya itu. Siapa pengirimnya? Kenal ke dia dengan aku? Pelbagai soalan yang muncul di benaknya. Fokusnya pada jalan di depan agak terganggu. Dia menarik nafas perlahan. 

Sewaktu Lisa membelok masuk ke jalan menuju kawasan perumahannya, tiba-tiba ada sebuah lori yang datang dari arah bertentangan dengan memandu dalam keadaan yang laju dan sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Lisa mula gugup, dalam hatinya berdoa tanpa henti. Ya Allah, Kau selamatkanlah aku. Ya Allah, ini kah balasan yang aku harus terima. Ya Allah, Kau ampunilah aku. Kereta Lisa terhuyung hayang bagi mengelak dari dirempuh lori tersebut. Dan .... Debummm! Kedua-dua kenderaan hilang kawalan. Kereta Lisa dan lori tersebut terpelanting ke tepi jalan. 

Lisa cuba untuk membuka mata. Namun, sakit yang mencucuk cucuk di seluruh tubuhnya menghalangnya untuk membuka mata. Tangannya diraba pada kepala. Basah. Begitu juga pada bahagian mukanya. Bau darah. Tahu lah dia yang dia sedang bermandi darah. "Ya Allah, Kau kurniakanlah aku kekuatan. Kau ampunilah aku Ya Allah." Hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya. Seketika matanya terasa sangat sakit. Dan pandangannya mula kelam. 

Selasa, 9 Februari 2016

Pulang.

Bismilahhirrahmanirrahim.
Part 2.


Lagu love yourself berkumandang di telefon pintar Lisa. Menandakan ada panggilan masuk dari seseorang. Lisa yang ketika itu berada di dapur berlari pecut sehabis mungkin ala-ala Usain Bolt untuk mendapatkan telefonnya.

"Hello."

"Hello. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Ya, ada apa Nad?"

"Lisa, aku tak boleh balik awal harini. Banyak sangat hal nak kena settle harini jugak."

"Itu je kau nak cakap? Kemain lagi aku dari dapur ke ruang tamu ni berlari dah gaya nak kejar penyamun kau nak cakap tu je? Ingatkan nak tanya nak order pizza ke kfc. Hish kau ni."

"Hahahaha. Tak lawak duhh. Aku mati-mati ingat kau nak marah tadi. Haih la. Sorry tau. Kau jangan tunggu aku balik."

"Haa yelah Nad. Aku dah biasa kena tinggal ni. Laki aku pun sama. Selalu tinggal aku pi outstation. Tak tak tak. Gurau je."

"Hai, dah rasa teringin ke?"

"Sape? Aku? Har har har. Aku cerewet sikit bab ni."

"Tulah kau. Terlalu memilih. Nak yang handsome je."

"Eh mesti. Tengok kaki la sistur. Dah kalau yang tua ganyut aku rasa kau pun tak teringin. Ye dak?"

"Hahahaha. Ok lah Lisa aku chau dulu. Jaga diri leklok. Solat tu jangan tinggal. Apa-apa hal call aku. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Lisa memandang telefon ditangan penuh rasa sayu. Dia melabuhkan duduk di sofa yang berdekatan dengannya. 

Ayat terakhir Nad betul-betul menyentuh hatinya. Namun secara tiba-tiba dia kembali ke alam realiti. Ah! aku muda lagi. Banyak lagi masa aku nak solat ke pebenda semua tu. Getus hatinya. 

Bukan dia tidak pernah solat. Pernah. Tapi jarang sangat. Dia buat bila dia rasa rajin. Kalau tak, memang kelaut. Nad tak mampu nak buat apa-apa. Cuma mampu nasihat dan minta Lisa untuk tidak tinggalkan solat. 

Pada Lisa, sama ada dia solat ataupun tak semuanya sama saja. Takde ape yang berubah. Nad sentiasa doakan Lisa supaya sikapnya akan berubah suatu hari nanti.

Jam di tangan menunjukkan pukul 4:30 petang. Baru sebentar tadi Fakhrul menelefonnya untuk ajak keluar. Dia bersiap dengan kadar segera. Dia sudah memaklumkan pada Nad yang dia akan keluar. 

Dia mengenakan kemeja grid hitam putih. Seluar jeans skinny dan kaca mata hitam. Rambutnya dibiarkan terlepas. Sekali imbas dah macam model ubat gigi. Kohkoh. Tidak lama kemudian kedengaran deruan enjin kereta diluar rumahnya. 

"Kau takde kelas ke?" Soal Lisa.

"Baru je habis. Dah jom naik."

"Aku tak naik dengan kau. Aku bawak kereta aku."

"Lah, apa masalah kau? Naik jelah kereta aku. Kau bukan besar mana pun sampai tak muat kereta aku."

Lisa mengjegilkan matanya. Fakhrul berdekah-dekah ketawa. 

"Tak hingin aku naik dengan kau."

Lisa terus mengorak langkah menghampiri keretanya dan memboloskan diri kedalam perut kereta. 
Fakhrul cuma menunggu Lisa mengeluarkan kereta dari porchnya dan kemudian dia akan follow Lisa dari belakang. 

Lisa membelek phone contact mencari nombor telefon Fakhrul. And gotcha! 

"Fakhrul, kita nak pergi mana ni?" 

"Mid Valley jumm."

"Orait. See you there." Lisa mematikan panggilannya.

Lisa memecut laju keretanya ala-ala fast and furious. Fakhrul di belakang dibiarkan begitu saja. Dan, akhirnya mereka tiba juga ke destinasi yang dituju.

"Hm, Lisa kau nak tahu something?" 

Aroma masakan western food disitu begitu menyelerakan. Boleh kecur liur.

"Hah? Apedia?"

"Aku tak faham betul dengan kau ni. Muka dah lawa. Ala-ala Ariana Grande gittew. Tapi takde jugak pakwe."

"Lahhh, sakai apa kau Fakhrul?"

Muka Lisa sudah merah. Blushing. Dia menyisip air di dalam cawannya. Cappuccino panas menjadi pilihan. Kononnya nak cover malu. Mahu saja dia mengambil kaca mata hitam di dalam handbagnya dan pakai supaya dapat menutup sedikit rasa malu. Mereka memilih Oasis Food Court bagi mengisi perut mereka.

"Aku malaslah. Tak datangkan apa-apa faedah. Better aku tunggu the one yang betul-betul the one. Macam anak raja ke."

"Berangan lah kau sampai ke tua."

Makanan di hadapan mereka belum lagi diusik dek kerana masing-masing rancak berborak. Tiba-tiba Lisa teringat satu perkara. Apa yang jadi pagi tadi. Dia kena tanya Fakhrul. 

"Eh, jomlah makan. Sejuk makanan ni nanti tak sedap pulak." Fakhrul bersuara.

Selesai makan. Lisa mengeluh panjang. Dan keluhannya dapat didengari oleh Fakhrul. Fakhrul yang sedang menyisip air di dalam cawannya mendongakkan kepala memandang Lisa. 

"Hai, macam berat sangat masalahnya. Apadia?"

"Hm, aku nak tanya. Siapa orang yang kau suruh aku jumpa dia lepas kelas tadi?"

"Aik! Bukan ke kau dah jumpa dia?"

"Ye, aku pergi kafe tu. Lama aku duduk kat situ. Tapi tak nampak pun batang hidung dia. Last-last pekerja kafe tu kasi aku barang yang mamat tu kirim. Siapa laki tu?"

"Err, macam ni lah. Aku dah buat perjanjian dengan dia. Aku tak boleh bagitau kau siapa dia selagi kau belum jumpa face to face dengan dia."

Dah kalau jumpa face to face kejadah apanya lagi nak bagitau aku siapa mamat tu. konfem konfem bila dah jumpa, aku kenal mamat tu. Hish la. Tak faham betul la janji orang laki ni. Getus hati Lisa. 

"Hm ok."

"Tapi, dia minat kau. Dah lama." 

Air yang baru masuk ke mulut Lisa dirasakan mahu keluar semula. Cepat cepat dia kawal supaya tak terkantoi dengan Fakhrul. Hish Fakhrul ni. Kut yer pun tunggu lah aku siap minum dulu. Lisa mengomel. 

"Err errr sape? Mamat tu? Hahaha. Dia salah orang lah. Entah datang dari mana." 

"Ohh, berlagak kau eh. Takpe kita tengok sape yang akan jatuh tersungkur cium pasir nanti."

"Cium pasir? Ah kau agak-agak lah."

Lisa mengerling jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul 5:45 petang. Dia meminta diri untuk pulang. Dan Fakhrul juga ingin beransur pulang kerumahnya. Datang ke Mid Valley semata-mata untuk lepak dan cuci mata. Ingatkan nak ajak shopping ke ape memang sengal lah senior aku seketul ni. Getus hati Lisa.

Di dalam kereta Lisa sudah memikirkan misinya untuk malam itu. Membuka bungkusan misteri dari mamat misteri. Eh, macam pelik je bunyi dia. Hm lantaklah. Aduh, eksaited pulak. 

Ahad, 7 Februari 2016

Pulang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Part 1


Lisa bangun agak awal hari ini. Dek kerana kelasnya bermula awal pagi. Kalau kelasnya bermula lewat, jangan harap dia nak bangun awal pagi. Dengan solat subuh entah kemana. Bukan rakan serumahnya tidak pernah menegur. Namun, langsung tidak diendahnya. 

"Nad, aku gerak dulu. Tak sempat dah nak sarapan ni. Kang lewat, memang kena maki ah jawab dia dengan nenek kebayan tu."

"Ok, no hal. Bawak kete leklok."

Nad tahu siapa yang dimaksudkan nenek kebayan oleh Lisa. Lisa selalu menceritakan perihal tempat belajarnya dengan Nad. Walaupun mereka serumah, Nad lebih tua dari Lisa dan Nad sudah pun bekerja. Namun, Lisa tidak gemar untuk memanggil Nad dengan panggilan kakak.

Setibanya di kampus, Lisa mencari tempat parkir. Nasib baik terus jumpa. Tak perlu susah-susah dia nak pusing dua tiga kali tempat yang sama. Sebelum turun dari kereta dia memastikan apa yang ada pada tubuhnya dalam keadaan yang kemas. Rambutnya diikat kemas, minyak wangi disembur diibaratkan seperti sebotol minyak wangi dicurah pada bajunya. Bau dia pehhhh semerbak.

Oleh kerana Lisa mempunyai raut wajah yang menawan dan mudah bergaul dengan sesiapun pun, ramai yang terpikat padanya. Namun, satu pun tidak pernah sangkut. Dia lebih selesa untuk berkawan. Katanya, 'belum jumpa the one yang betul-betul the one.'

Tengah syok berjalan acah acah kampus tu dia punya dan beberapa langkah lagi nak sampai dewan kuliah, Lisa dengar namanya di panggil dari arah belakang. Matanya meliar mencari gerangan yang memanggilnya. Akhirnya mata Lisa dapat menangkap susuk tubuh yang memanggilnya sebentar tadi. Fakhrul, seniornya. 

Hish! Nak ape lah pagi pagi si sengal ni. Getus hati Lisa namun raut wajahnya cuba dikawal.

"Lisa! Hish kau ni pekak ke tuli? Ehh, pekak ke tuli? Ah! Samalah tu. Dari tadi aku panggil kau tak sahut pun." Fakhrul tercungap tercungap. 

Mahu saja Lisa meledakkan tawanya disitu dek kerana tak menahan melihat muka Fakhrul yang seperti baru selesai acara lumba lari. Sedayanya dia cuba kawal tawanya dari meletus.

"Laa, manalah aku dengar. Ni haa, aku pakai earphone." Lisa menunjukkan earphone yang dipakainya. 

"Apahal?"

"Lepas kelas nanti, kau pergi kafe tau. Ada orang nak jumpa."

"Hah? Taa.. Taa.."

"Ingat tau lepas kelas. Kau pergi je. Nanti orang tu marah aku pulak." 

Tanpa sempat Lisa berkata apa-apa Fakhrul terlebih dahulu hilang dari pandangannya. Ehh, mamat ni cepat betul hilang. Pakai kuasa ape eh? Getus hati Lisa. Kepalanya digeleng geleng. 

Selesai saja kelas Puan Sarimah, Lisa mengemas barangnya dengan tergesa-gesa. Tanpa sedar, perbuatannya itu diperhati oleh rakannya disebelah.

"Kau ni dah kenapa?"

"Errrr takde apa-apa. Aku ada hal sikit. So, nak kena cepat. Ok lah, aku blah dulu."

Keluar saja dari dewan kuliah, jantungnya berdebar-debar. Dan dia sendiri tidak tahu kenapa semakin lama semakin kuat debaran tu. Dadanya seolah-olah mahu pecah. Ikatan rambutnya dikemaskan dan kaca matanya di tanggalkan. Langkahnya diatur menuju kafe.

10 minit telah berlalu. Lisa mula rasa bengang. Sah lah si Fakhrul ni nak kenakan aku. Siaplah kau Fakhrul. Getus hati Lisa. Dia berura-ura untuk bangkit dari tempat duduknya. Tiba-tiba...

"Dik! Dik!"

Lisa terus pandang kearah suara tersebut. Pekerja kafe itu. Dia lihat tangan pemilik suara tersebut melambai-lambai kearahnya. Lisa toleh kebelakang kut kut pekerja tersebut melambai tangan pada orang lain. Jari telunjuk Lisa dituding pada dirinya dan pekerja tersebut mengangguk. 

Lisa terus mengorak langkah menghampiri pekerja tersebut.

"Ada apa ya?"

"Adik ni Lisa ke?"

"Iye saya. Tapi, macam mana abang boleh tahu nama saya Lisa?"

"Tak, macam ni tadi ada sorang lelaki datang kafe ni dan minta saya berikan sesuatu dekat adik. Mula-mula saya takut nak ambik barang ni takut adik tak datang. Tapi, dia kata dia yakin adik akan datang. Alhamdulillah adik datang jugak."

"Oh yeke? Siapa ya that guy? Kenapa dia tak bagi sendiri? And abang kenal tak dia siapa?"

"Saya tak kenal dia siapa. Tadi, dia cakap dia ada urusan tu yang dia tinggalkan barang ni dekat saya. Oh ya sekejap eh."

Pekerja tersebut mengeluarkan barang yang dikirim oleh pengirim misteri tersebut. Barang tersebut dibungkus dalam kotak, berbalut kemas dan diisi dalam paper bag. Pekerja tersebut menghulurkan paper bag yang ada ditangannya. Lisa menyambut paper bag beserta dengan senyuman nipis. 

"Terima kasih. Kalau takda apa-apa, saya balik dulu." Ucap Lisa. Dan pekerja tadi cuma mengangguk perlahan. 

Di dalam kereta, Lisa mengerling bungkusan di seat sebelahnya. Sape yang bagi ek? Misteri sangat kali ni. Haih, entah entah lecturer yang dah kahwin tua ganyut tu eyekkk. Memang tak lah. Lisa menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pulang kerumah sewanya.